Glory to Hong Kong

"Glory to Hong Kong" (Cina tradisional: 願榮光歸香港, "Moga Hong Kong Gemilang"") adalah lagu dalam bahasa Kantonis yang digubah oleh seorang pemuzik dengan nama pena "Thomas dgx yhl", dengan bantuan dari sejumlah warganet Hong Kong pada masa [[tunjuk perasaan Hong Kong 2019. Lagu ini telah dijadikan sebagai lagu yang menggerakkan para pengunjuk rasa Hong Kong. Sebelumnya, para penunjuk perasaan Hong Kong biasanya menyanyikan lagu "Do You Hear the People Sing?" dan "Sing Hallelujah to the Lord" sebagai lagu protes.Versi instrumental dan lirik dari lagu ini kali pertama diunggah ke forum dalam talian LIHKG pada 26 Ogos 2019, dan kemudian liriknya disesuaikan dengan usulan dari forum tersebut. Lagu ini langsung menjadi tular di media sosial sehingga para penunjuk perasaan mula menyanyikan lagu ini di banyak lokasi awam seperti di pusat-pusat beli belah dan lapangan terbuka.

Glory to Hong Kong

Muzik Thomas dgx yhl
Juga dikenali sebagai 我願榮光歸香港 (English: Glory be to thee, Hong Kong)
Lirik Thomas dgx yhl, warga net LIHKG